Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Maulidur Rasul Sallallah Alaihi Wasalam

CATEGORY: | 25.2.09
0
Oleh : Ustat Budak

KITA biasa menyambut ulangtahun perkahwinan, harijadi ayah, emak, diri kita, kadang kala untuk kekasih walhal tak de kena mengena dengan kita. Hari jadi Sultan pun kita sambut dan dapat cuti. Betapa hebatnya kita menyusun dan cuba memperingati orang sekeliling kita. Tetapi, bila sebut nak sambut Maulid Rasul, ada kalangan kita cepat melenting, marah-marah, bermasam muka. Kononnya ia adalah tidak disyariatkan pada zaman Nabi dan Khalifah. Kita yang dikatakan mengada-ngada nak sambut. Hari lain yang tak sepatutnya disambut, habis dipromote habis-habisan. Apa salahnya, kita mempromote hari memperingati junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wasalam.

Kita perlu melawan golongan yang beriya mempromote hari yang tak de kena mengena dengan Islam dengan kita mempromosi hari yang benar-benar terpahat sebagai sejarah dalam Islam. Banyak perkara dan sejarah Islam kita abaikan, apa salahnya kita mengorak langkah dengan sama-sama menyambut Maulid Rasul Sallallah Alaihi Wasalam ini. Esok 1 Rabiul Awal, tahukah kita? Fikir lah sama-sama.

Iklan

CATEGORY: | 17.2.09




Gambar Sekitar Kejohanan Ping Pong Peringkat Daerah Tampin dan Negeri Sembilan 2009

CATEGORY: | 16.2.09
0
GAMBAR sekitar kejohanan Ping Pong Peringkat MSSD Tampin dan Kejohanan Ping Pong MSSMNS Peringkat Negeri Sembilan 2009.

Peserta Maahad Ahmadi diperingkat Negeri Sembilan hanya mampu hingga pusingan kedua. Apa pun, tahniah dan cuba pada tahun hadapan.

SILA KLIK

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Keputusan Catur MSSD Tampin

CATEGORY: | 10.2.09
0
BERIKUT keputusan pertandingan Catur MSSD Tampin yang disertai oleh pasukan Maahad Ahmadi.

Perempuan Bawah 15 tahun (Pasukan) : Tempat ke -4.
Perempuan Bawah 18 tahun (Pasukan) : Tempat ke -4.
Lelaki Bawah 15 tahun (Individu) : Tempat ke -6.

Program Kecemerlangan Pelajar Siri 2

CATEGORY: |
0
10 Februari, Saujana Asahan, Melaka: PROGRAM Kecemerlangan Akademik Sekolah Menengah Agama Siri Pertama diadakan bermula pada hari ini. Ia melibatkan Maahad Ahmadi, Institut Tahfiz Al Quran, Sek Men Agama Sains Selaru. Program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 10 hingga 12 februari 2009.

Menurut Pengarah Program, Cikgu Mohamad Aspari, program ini dibuat untuk memastikan pelajar sentiasa bersedia dan bersemangat untuk mencapai target yang cemerlang pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Maahad Ahmadi diwakili oleh pelajar PMR seramai kira-kira 35 orang dan pelajar SPM seramai 20 orang.

Hari Keluarga Maahad Ahmadi 2009

CATEGORY: | 8.2.09
0
7-9 Februari, Kuala Rompin: MAAHAD Ahmadi sedang mengadakan Hari Keluarga Maahad Ahmadi 2009. Hari Keluarga ini diadakan di Rompin Beach Resort, Kuala Rompin yang terkenal dengan udang.

Pelbagai acara dan majlis sedang diadakan. Antaranya kursus perkembangan staf, sukaneka dan lain-lain lagi. Menurut penganjur, Cikgu Kamarul Hafiz Abd Kadir, tujuan Hari Keluarga diadakan bagi mempereratkan jalinan mahabah dan silaturahim antara guru-guru, keluarga dan kakitangan. Disamping bermuhasabah untuk menaikkan semula prestasi akademik Maahad Ahmadi.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada malam ini, 8 Februari bertempat di ruang legar Rompin Beach Resort ini.

Kejohanan Ping Pong MSSD Tampin 2009

CATEGORY: | 6.2.09
0
SMK Bukit Rokan, 4 Februari - PASUKAN Maahad Ahmadi telah menyertai kejohanan Ping Pong MSSD Tampin yang berlangsung di SMK Bukit Rokan pada 3 dan 4 Februari 2009. Pada kejohanan tersebut, Muhd Huzair Abd Rahim berjaya meraih tempat kedua bagi kategori bawah 18 tahun lelaki individu. Manakala Fatin Shahira daripada kategori perempuan berjaya meraih tempat ketiga bagi individu bawah 18 tahun.

Bagi kategori bawah 15 tahun, Izzat Naqiyudin berjaya meraih tempat ketiga individu. Pasukan Maahad juga berjaya meraih tempat ketiga acara beregu bawah 15 tahun lelaki dan bawah 18 tahun perempuan.

Muhd Huzair, Izzat Naqiyudin dan Fatin Shahira berjaya mewakili daerah Tampin bagi kejohanan Ping Pong MSSNS di SMK Bukit Mewah pada 11 hingga 13 Februari. Majulah sukan untuk Maahad Ahmadi.