Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

KEMBAQ : Satu Penilaian

CATEGORY: | 31.3.10
Oleh : Abu Hamdy


SAYA teruja dengan kepetahan pelajar tingkatan satu yang baru belajar bahasa arab boleh bertutur seperti sudah lama belajar arab! Ini hasil dari program KEMBAQ yang dijalankan selama tiga bulan, memang berjaya membuatkan pelajar tingkatan satu, tidak sama dengan pencapaian pelajar sekolah lain. Saya berani katakan, jika penilaian bahasa arab dibuat sekarang, Maahad akan menjadi sekolah yang terbaik seluruh Malaysia. Saya pasti.



KEMBAQ dicetuskan oleh Ustaz Zulkarnain Itam, yang mula bertugas di Maahad Ahmadi pada tahun 2008. Pada awalnya, hanya kudrat seorang diri mengerah tenaga mendidik pelajar tingkatan satu tahun tersebut. Selepas itu, beberapa pelajar dihasilkan untuk membantu mengembangkan modul KEMBAQ dan akhirnya sudah melahirkan generasi kedua fasilitator KEMBAQ. Ustaz Zul sudah boleh banyak 'berehat'.

Rata-rata ibu bapa pelajar yang terdidik dengan KEMBAQ berjaya menunjukkan hasil. Seorang bapa memberitahu anaknya telah membuat kerja bahasa arab kakaknya yang belajar di Kolej Universiti Islam Selangor. Kakak pelajar tersebut tidak dapat menguasai apa yang diminta dalam 'assignment' tersebut. Jika begini, bagi terus sahajalah Sijil Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar KEMBAQ ini!

Akan tetapi, ada beberapa masalah, pentadbiran dan teknikal yang perlu diperbaiki. Kesilapan teknikal inilah kadang kala boleh menimbulkan masalah dan kepayahan kepada orang lain. Satu post mortem perlu dilakukan serta penambaikan yang akhirnya boleh menjenamakan KEMBAQ hingga keseluruh Malaysia.

Tahniah Us Zul dan fasi KEMBAQ!!

Maahad Ahmadi Juara Keseluruhan MTAQ Peringkat Tampin 2010

CATEGORY: | 29.3.10
0

MAAHAD Ahmadi telah merangkul johan keseluruhan dalam pertandingan Majlis Tilawah Al Quran (MTAQ) peringkat daerah Tampin yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tampin pada 27 Mac yang lalu.

Maahad telah menjadi johan dalam acara hafazan Al Quran kategori perempuan (Norhanisah Abd Ghapar) dan Syarahan perempuan (Nur Farhin Abd Rahim). Manakala Naib Johan dalam acara syarahan lelaki dan tilawah perempuan.

Tahniah peserta dan peringkat Negeri Sembilan diharap peserta Maahad dapat menggondol kejuaraan. Teruskan usaha!!



Gambar Sekitar Keputusan SPM dan STAM

CATEGORY: | 11.3.10
0




Keputusan SPM Meningkat, STAM Menurun

CATEGORY: |
0



KEPUTUSAN SPM dan STAM 2009 telah diumumkan sebentar tadi. Secara umum, keputusan SPM naik berbanding tahun sebelumnya berbanding STAM yang agak mengejutkan apabila menurun pencapaian berbanding tahun sebelum. Ini adalah sejarah pertama Maahad keputusan peperiksaan awam menurun berbanding tahun sebelumnya.


Pelajar SPM yang mendapat 10A seramai dua orang manakala Mumtaz dalam STAM seramai 8 orang.

Al Fatihah : Syeikh Tantawi Meninggal Dunia

CATEGORY: |
0
SYEIKH Al Azhar, Syeikh Mohamad Sayid Tantawi, 82 tahun telah meninggal dunia di Riyadh, Arab Saudi akibat mengalami serangan sakit jantung, menurut laporan Al Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Al-Azhar, ialah antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

Al Fatihah..

Keputusan SPM dan STAM Khamis Depan

CATEGORY: | 5.3.10
0
KETUA Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom memberitahu bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diketahui pada Khamis, 11 Mac.



Pelajar boleh memperolehi keputusan pada hari tersebut.Seramai 86 pelajar Maahad menduduki SPM manakala kira-kira 50 pelajar menduduki STAM. Semoga beroleh kejayaan

Merah Juarai Sukan Maahad!

CATEGORY: | 4.3.10
0

PASUKAN rumah merah meraih kejayaan apabila muncul johan keseluruhan kejohanan sukan Maahad Ahmadi. Pasukan Merah yang banyak memenangi acara olahraga dan balapan berjaya mengetepikan rumah Hijau, Kuning dan Biru. Pertandingan sukan dan olahraga bermula sejak 2 Februari berakhir sebentar tadi menerusi acara kemuncak olahraga dan balapan.

Menurut ketua kontijen Merah, Ustaz Kamarulzaman@Dato' K memberitahu, semangat dan perjuangan yang kental dikalangan peserta rumah merah berjaya menaikkan nama melalui kemenangan yang sangat diidamkan oleh mereka. Beliau berharap pasukan Merah akan terus berjaya pada masa-masa mendatang.

Antara acara yang dipertandingkan adalah Badminton, Bola Tampar, Bola Sepak, Bola Jaring, Ping Pong dan Catur.

Manakala olahraga dan balapan antaranya 100m, 200m, 400m dan lari berganti-ganti serta lontar peluru, lompat jauh dan acara merentas desa.