Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Makluman Tarikh Peperiksaan Penting Pelajar Maahad Ahmadi

CATEGORY: | 29.9.11
0
MINGGU ini merupakan minggu terakhir para pelajar belajar secara formal kerana mulai minggu hadapan bermula peperiksaan penting setiap peringkat pelajar di Maahad Ahmadi bermula di tingkatan satu hinggalah STAM.

4 - 11 Otober : Penilaian Menengah Rendah (PMR)
4 - 11 Oktober : Peperiksaan Menengah Rendah Agama (PMRA) pelajar Tingkatan Dua
4 - 11 Oktober : Sijil Menengah Agama (SMA) pelajar Tingkatan Empat
4 - 11 Oktober : Peperiksaan Akhir Tahun (E'dadi) pelajar Tingkatan Satu
3 - 14 Oktober : Peperiksaan Pra SPM pelajar Tingkatan Lima

12 - 19 Oktober : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pelajar Maahad STAM

17 - 28 Oktober : Peperiksaan Akhir Tahun (Akademik) Semua pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat

14 November - 14 Disember : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar Tingkatan Lima

Didoakan agar meraih kejayaan, dimudahkan urusan, dijaga kesihatan dan dipermudahkan untuk menjawab...Amin...

Team Building Guru-Guru Maahad Ahmadi 2011

CATEGORY: | 26.9.11
0
23-25 September ; Gemas Golf Resort : Pihak pengurusan Maahad Ahmadi telah mengadakan Kursus "Team Building" kepada guru-guru Maahad Ahmadi bagi sesi 2011 ini. Slot selama dua hari telah dikendalikan oleh Encik Sabri, perunding dari Perunding Fokus Budi. Objektif kursus diadakan adalah untuk memupuk team spirit dalam tugasan disamping menggerakkan kekuatan akal bawah sedar agar sentiasa siap siaga.

Disamping itu, dapat meningkatkan keyakinan pada diri dan mempunyai target dan matlamat hidup yang jelas dan membina rasa tanggungjawab dan kebolehpercayaan pada tugasan.

Berita bergambar boleh dilihat di ruangan 'Berita bergambar' atau ke laman Facebook Maahad Ahmadi.

Majlis Bacaan Yaasin dan Jamuan Hari Raya Aidilfitir

CATEGORY: | 24.9.11
0
PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maahad Ahmadi dengan kerjasama Maahad Ahmadi akan mengadakan majlis Bacaan Yaasin dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada ketetapan berikut :

Tarikh : 30 September
Hari : Jumaat
Masa : 3 - 4 petang : Jamuan Hari Raya
4.10 : Solat Asar
Bacaan Yaasin
5.00 petang : Bersurai.

Dijemput khusus kepada ibu bapa / penjaga calon PMR, SPM dan STAM untuk menghadiri majlis bagi kelangsungan kejayaan anak-anak tuan / puan..