Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Pemberitahuan Penting!

CATEGORY: | 29.6.10
0
MAKLUMAN kepada semua penjaga/ibu bapa pelajar Maahad Ahmadi.

Pelajar tingkatan 2 dan 3, yang mempunyai keputusan 'D' dan 'E' dalam mana-mana subjek, akan 'dikeluarkan' dari Maahad Ahmadi kecuali dengan RAYUAN penjaga/ibu bapa bermula Isnin 5 Julai 2010. Penjaga/ibu bapa dikehendaki datang sendiri ke Maahad Ahmadi untuk merayu bagi pihak anak masing-masing.

Begitu juga dengan pelajar tingkatan 4 dan 5, mana-mana pelajar yang mempunyai keputusan 'E' dan 'G' dalam mana-mana subjek, akan 'dikeluarkan' dari Maahad Ahmadi kecuali dengan RAYUAN penjaga/ibu bapa bermula Isnin 5 Julai 2010. Penjaga/ibu bapa dikehendaki datang sendiri ke Maahad Ahmadi untuk merayu bagi pihak anak masing-masing.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Plight Of Palestine : Bebaskan Mereka!!

CATEGORY: | 28.6.10
0

MAAHAD Ahmadi sekali lagi ditiupkan semangat untuk melihat bumi Palestin dibebaskan dari cengkaman regim haram Israel. Penganjuran Plight of Palestine berjaya memberikan pendedahan dan maklumat tentang derita rakyat Palestin. Namun adakah pelajar turut merasakan untuk bersama-sama memperjuangkan kebebasan Palestin.

Perasmian dilakukan oleh YB Dato Mohd Kamil Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gemencheh. Slot ceramah pertama diadakan sejurus tamat majlis perasmian yang turut dihadiri Pengetua Maahad Ahmadi, Ustaz Abd Rahim Maamor.

Hari kedua program, diadakan slot wakil dari NGO yang dijemput dan diselang seli dengan persembahan pelajar Maahad Ahmadi.

Malam penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Nasarudin Mahmud, pengerusi Majlis Belia Tampin. Diakhir penutupan, diadakan slot terakhir oleh Prof Madya Dr Zaibur, wakil ISMA Negeri Sembilan yang menunjukkan tayangan sejarah kependudukan Israel ke atas bumi Palestin.

Plight Of Palestine

CATEGORY: | 21.6.10
MAAHAD Ahmadi akan mengadakan program Plight Of Palestine pada 25 hingga 26 Jun ini. Ini merupakan kali ketiga, Maahad mengadakan program ini. Menurut Cikgu Adzlina Aziz, penyelaras program tersebut, kerja-kerja sudah hampir 80% siap sebelum program dapat dijalankan.

Menurut beliau lagi, antara slot yang akan diadakan adalah sesi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Aman Palestin dan beberapa NGO lain.

Beliau mengharapkan kerjasama dari semua pihak dan menjemput orang ramai ke program yang julung-julung diadakan khas untuk rakyat Palestin yang ditindas oleh regim haram Israel.