-
Bumi MANS
Tarbiyah, Hadharah, Falah
-
Lestarikan Ikatan
Memapan semangat ukhuwah...
-
Kerjasama Dan Toleransi
Saling menjinjing demi kebersamaan...
-
Rayuan Derma Surau
Sama-sama kita membantu membina surau kita...
-
Kenangan Lama
Sejarah adalah gambaran masa depan...
-
Guru-guru Maahad
Pendidik yang dedikasi...
-
Kemudahan Sukan
Minda Cerdas, Badan Cergas...
-
Dibawah Satu Bumbung
Menikmati Hidangan Dibawah Payung Mahabbah...
-
Skuad Bolasepak Guru Maahad
Memasyarakatkan Guru Maahad...
-
Majlis Berbuka Puasa 2010
Persediaan Majlis Berbuka Puasa 2010...
-
Peluang Iklaneka
Iklankan aktiviti/produk anda di sini...
Perkembangan Semasa
23 Oktober, Pusat Sumber : MAAHAD sekali lagi menganjurkan Kursus profesionalisme Guru Kali yang ke tiga. Jika sebelum ini, diadakan di luar Maahad Ahmadi, kali ini kursus sehari diadakan di dalam Maahad sendiri.
Sebagai memenuhi objektif menjadikan Maahad yang terbaik, maka pihak penganjur telah memanggil Puan Hajah Khuzaimah, bekas Pengetua Cemerlang JUSA 'C' serta bekas senior konsultan Institut Aminudin Baki, untuk menyampaikan segala ilmu yang dimiliki kepada guru-guru Maahad Ahmadi.
Program dimulakan dengan tajuk "Imperatif Moral Menjadi Guru di Sekolah". Ia berkaitan dengan prinsip setiap guru dalam mendidik anak bangsa supaya berjaya di dunia dan akhirat. Kemudian disambung dengan tajuk "Ekspektasi Terhadap Keberkesanan Peribadi Seorang Guru". Tajuk ini berkaitan ciri-ciri keberkesanan peribadi guru meliputi suri tauladan, ketrampilan diri, pengurusan masa, integriti, komunikasi yang baik, kemahiran interpersonal, pengurusan diri, kesedaran kendiri, disiplin diri dan kemahiran sosial.
Dalam slot kedua, guru-guru Maahad Ahmadi dikehendaki membuat kajian kes terhadap buku yang ditulis oleh Puan Hajah Khuzaimah iaitu "Jejak Pengetua Super:Dari Guru DG41 ke JUSA C".
Slot yang terakhir, dibentangkan tajuk "Guru Pemimpin 360". Puan Hajah menerangkan bagaiman seorang guru memenangi hati orang di atas (pemimpin), rakan sebaya dan orang yang dipimpin. Kursus berakhir jam 4.50 petang.
Didoakan agar mereka dapat menjawab dengan tenang, sentiasa bersedia, menjaga kesihatan dan tidak lupa munajat kepada Ilahi, Tuhan Sekelian Alam.
Selamat menjawab dan Selamat Berjaya!!
JANDA BAIK, 2-4 Julai : Guru-guru Maahad Ahmadi telah bermukim selama 3 hari di As Sakinah Eco Resort, Janda Baik untuk bersama-sama bermuhasabah dalam menggerakkan perkembangan dan prestasi Maahad Ahmadi selama tujuh bulan dalam tahun 2010.
MAAHAD Ahmadi sekali lagi ditiupkan semangat untuk melihat bumi Palestin dibebaskan dari cengkaman regim haram Israel. Penganjuran Plight of Palestine berjaya memberikan pendedahan dan maklumat tentang derita rakyat Palestin. Namun adakah pelajar turut merasakan untuk bersama-sama memperjuangkan kebebasan Palestin.
Perasmian dilakukan oleh YB Dato Mohd Kamil Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gemencheh. Slot ceramah pertama diadakan sejurus tamat majlis perasmian yang turut dihadiri Pengetua Maahad Ahmadi, Ustaz Abd Rahim Maamor.
Hari kedua program, diadakan slot wakil dari NGO yang dijemput dan diselang seli dengan persembahan pelajar Maahad Ahmadi.
Malam penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Nasarudin Mahmud, pengerusi Majlis Belia Tampin. Diakhir penutupan, diadakan slot terakhir oleh Prof Madya Dr Zaibur, wakil ISMA Negeri Sembilan yang menunjukkan tayangan sejarah kependudukan Israel ke atas bumi Palestin.
Menurut beliau lagi, antara slot yang akan diadakan adalah sesi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Aman Palestin dan beberapa NGO lain.
Beliau mengharapkan kerjasama dari semua pihak dan menjemput orang ramai ke program yang julung-julung diadakan khas untuk rakyat Palestin yang ditindas oleh regim haram Israel.
MAAHAD Ahmadi mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik Maahad Ahmadi yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa.
Maahad Ahmadi tidak mengadakan perayaan Hari Guru pada Isnin (17 Mei) kerana sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun. Sudah empat Maahad Ahmadi tidak mengadakan sambutan Hari Guru tepat pada 16 Mei setiap tahun.
Ini merupakan beberapa gambar menarik yang sempat diambil dibeberapa buah sekolah sekitar negara.
Untuk lebih lanjut sila klik : ILuvIslam di Maahad Ahmadi..Kami Jutawan Pendakwah
Peserta dibahagikan dalam beberapa bahagian iaitu tilawah Al Quran kanak-kanak dan tilawah Al Quran peringkat dewasa yang terdiri daripada kategori lelaki dan perempuan.
Pertandingan dijangka bermula sebelah pagi dan bersambung sebelum majlis penutup yang akan diadakan disebelah malam. Perasmian penutup dijangka disempurnakan oleh ADUN Kawasan Gemencheh, Dato Mohd Kamil Abd Aziz.
Dijemput kepada seluruh muslimin dan muslimat untuk memeriahkan majlis yang turut menampilkan artis nasyid dari kumpulan Soutul Ahmadi.
Ilal Liqa'!!
- Memenuhi fadhu kifayah.
- Melahirkan seberapa banyak Al-Hafiz yang berkemahiran.
- Menyediakan Al-Hafiz yang bukan sahaja mampu menghafaz 30 juzuk tetapi juga ilmu-ilmu agama dan profesional lain sesuai dengan tuntutan semasa.
- Menampung kekurangan para Hafiz bagi mewakili negeri/negara ke Musabaqah Hafaz peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Menyahut gagasan ke arah membentuk generasi Al-Quran.
- Maahad Al-Qiraat, Shoubra, Mesir.
- Arab Saudi.
- Darul Quran (JAKIM), Malaysia.
- Dan lain-lain.
- Semua penuntut tahfiz Al-Quran ditempatkan di asrama (asrama penuh).
- Tempat tinggal dan perbelanjaan makan minum di asrama adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sembilan.
- Biasiswa diberikan kepada penuntut secara bulanan.
Kepada ibu bapa dan penjaga, anda juga boleh memuat turun borang permohonan sijil berhenti, keluar asrama. Terima kasih.
Semua boleh didapati dalam ruangan muat turun.
Admin
Portal Maahad Ahmadi
- Bidang Akademik
- Bidang Arab (Sanawi)
- Bidang Tahfiz
- Berusaha dengan sedaya-upaya memberikan perkhidmatan dan hasil pendidikan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar kami.
- Berusaha dengan bersungguh-sungguh mencapai matlamat seratus-peratus lulus dalam peperiksaan PMR, SPM dan STAm pada setiap tahun.
- Berusaha menerapkan budaya ilmu kepada pelajar melalui program yang menggalakkan tabiat membaca, munaqasyah dan uswatun hasanah.
- Memberi perhatian terhadap semua aduan yang berkaitan dengan organisasi sekolah ini dan menyelesaikannnya dengan segera.
- Memberi perhatian dan mengambil tindakan segera terhadap kes-kes kemalangan dan sakit dalam kalangan pelajar yang berlaku di kawasan sekolah.
- Mengamalkan tatacara peraturan sekolah yang sesuai dan adil untuk pelajar.
- Bersedia mengatur perbincangan dengan ibubapa mengenai kemajuan pendidikan anak-anak mereka sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
- Bersedia menerima cadangan dan pandangan yang positif untuk mempertimbangkan kualiti perkhidmatan sekolah ini.
- Sentiasa patuh dengan arahan dan harapan "Stakeholders" kami; Bahagian Pelajaran JHEAINS, JPNS dan Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan pendidikan dalam tempoh satu minggu atau sebelum tarikh yang ditetapkan dengan sikap kami yang bercirikan kebolehpercayaan, daya ketahanan, keselamatan, kefungsian, menepati masa, ketetapan fakta dan kesopanan.
SAYA teruja dengan kepetahan pelajar tingkatan satu yang baru belajar bahasa arab boleh bertutur seperti sudah lama belajar arab! Ini hasil dari program KEMBAQ yang dijalankan selama tiga bulan, memang berjaya membuatkan pelajar tingkatan satu, tidak sama dengan pencapaian pelajar sekolah lain. Saya berani katakan, jika penilaian bahasa arab dibuat sekarang, Maahad akan menjadi sekolah yang terbaik seluruh Malaysia. Saya pasti.
KEMBAQ dicetuskan oleh Ustaz Zulkarnain Itam, yang mula bertugas di Maahad Ahmadi pada tahun 2008. Pada awalnya, hanya kudrat seorang diri mengerah tenaga mendidik pelajar tingkatan satu tahun tersebut. Selepas itu, beberapa pelajar dihasilkan untuk membantu mengembangkan modul KEMBAQ dan akhirnya sudah melahirkan generasi kedua fasilitator KEMBAQ. Ustaz Zul sudah boleh banyak 'berehat'.
Rata-rata ibu bapa pelajar yang terdidik dengan KEMBAQ berjaya menunjukkan hasil. Seorang bapa memberitahu anaknya telah membuat kerja bahasa arab kakaknya yang belajar di Kolej Universiti Islam Selangor. Kakak pelajar tersebut tidak dapat menguasai apa yang diminta dalam 'assignment' tersebut. Jika begini, bagi terus sahajalah Sijil Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar KEMBAQ ini!
Akan tetapi, ada beberapa masalah, pentadbiran dan teknikal yang perlu diperbaiki. Kesilapan teknikal inilah kadang kala boleh menimbulkan masalah dan kepayahan kepada orang lain. Satu post mortem perlu dilakukan serta penambaikan yang akhirnya boleh menjenamakan KEMBAQ hingga keseluruh Malaysia.
Tahniah Us Zul dan fasi KEMBAQ!!
MAAHAD Ahmadi telah merangkul johan keseluruhan dalam pertandingan Majlis Tilawah Al Quran (MTAQ) peringkat daerah Tampin yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tampin pada 27 Mac yang lalu.
Maahad telah menjadi johan dalam acara hafazan Al Quran kategori perempuan (Norhanisah Abd Ghapar) dan Syarahan perempuan (Nur Farhin Abd Rahim). Manakala Naib Johan dalam acara syarahan lelaki dan tilawah perempuan.
Tahniah peserta dan peringkat Negeri Sembilan diharap peserta Maahad dapat menggondol kejuaraan. Teruskan usaha!!
Pelajar SPM yang mendapat 10A seramai dua orang manakala Mumtaz dalam STAM seramai 8 orang.
Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.
Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Al-Azhar, ialah antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.
Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.
Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.
"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.
Al Fatihah..
Pelajar boleh memperolehi keputusan pada hari tersebut.Seramai 86 pelajar Maahad menduduki SPM manakala kira-kira 50 pelajar menduduki STAM. Semoga beroleh kejayaan
PASUKAN rumah merah meraih kejayaan apabila muncul johan keseluruhan kejohanan sukan Maahad Ahmadi. Pasukan Merah yang banyak memenangi acara olahraga dan balapan berjaya mengetepikan rumah Hijau, Kuning dan Biru. Pertandingan sukan dan olahraga bermula sejak 2 Februari berakhir sebentar tadi menerusi acara kemuncak olahraga dan balapan.
Menurut ketua kontijen Merah, Ustaz Kamarulzaman@Dato' K memberitahu, semangat dan perjuangan yang kental dikalangan peserta rumah merah berjaya menaikkan nama melalui kemenangan yang sangat diidamkan oleh mereka. Beliau berharap pasukan Merah akan terus berjaya pada masa-masa mendatang.
Antara acara yang dipertandingkan adalah Badminton, Bola Tampar, Bola Sepak, Bola Jaring, Ping Pong dan Catur.
Manakala olahraga dan balapan antaranya 100m, 200m, 400m dan lari berganti-ganti serta lontar peluru, lompat jauh dan acara merentas desa.
20 feb, Dewan Ibn Sina : MAAHAD Ahmadi telah mengadakan majlis anugerah kecemerlangan akademik bagi tahun 2009. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tuan Johani bin Hasan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Majlis ini bagi meraikan kejayaan pelajar dalam bidang akademik bagi tahun 2009. Majlis turut memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam PMR 2009.
Dalam ucapan perasmian, Pengarah mengingatkan para ibu bapa agar menekankan kepada anak-anak supaya bersungguh-sungguh dalam membantu guru mendidik anak-anak mereka. Tuan Johani juga mengingatkan semua pihak agar berinovasi dalam pembaharuan demi kelangsungan kecemerlangan pelajaran anak-anak.
Majlis turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Pelajaran, Ustaz Ahmad Azhari Talib, Pengerusi PIBG, Encik Hasnan.
UNIT Sukan Maahad Ahmadi telah selesai mengadakan kejohanan merentas desa peringkat Maahad Ahmadi. Acara bermula tepat jam 8.25 pagi dengan dimulakan pelepasan untuk kategori kelas 2 (tingkatan 1-3). Kemudian disusuli dengan perempuan kelas 1 (tingkatan 4 dan 5), lelaki kelas 2 dan diakhiri dengan peserta lelaki kelas 1. Semua peserta dilepaskan oleh Ustaz Shahrizan Ramli, Guru Penolong Kanan.
Menurut Cikgu Yunos, penyelaras Merentas Desa Maahad Ahmadi, kejohanan ini diadakan bagi memilih peserta keperingkat daerah Tampin.
Semua peserta berjaya menamatkan larian sebelum jam 10 pagi. Mereka mengelilingi Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan dan kembali semula ke Maahad Ahmadi sejauh kira-kira 8 kilometer.
Secara keseluruhan, johan merentas desa dipegang oleh Rumah Merah, diikuti Rumah Hijau, ketiga Rumah Kuning dan yang tercorot Rumah Biru.
UNIT Sukan Maahad Ahmadi telah mengadakan Karnival Sukan Maahad Ahmadi 2010 yang berlangsung pada 2 hingga 7 Februari lalu. Menurut Penyelaras Karnival, Cikgu Zukhainizam, karnival ini dilangsungkan untuk memilih pemain yang akan mewakili sekolah pada kejohanan sukan Majlis Sukan-Sukan Daerah Tampin yang dijangka bermula awal Mac ini.
Berikut keputusan perlawanan yang telah dijalankan :
Ping Pong (lelaki) single : Johan : Kuning
Naib Johan : Hijau
Ketiga : Biru
Ping Pong (lelaki) double : Johan : Biru
Naib Johan : Hijau
Ketiga : Merah
Bola Tampar (lelaki) : Johan : Merah
Naib Johan : Hijau
Ketiga : Biru
Bola Tampar (perempuan) : Johan : Hijau
Naib Johan : Biru
Ketiga : Kuning
Badminton (lelaki) single : Johan : Biru
Naib Johan : Biru
Ketiga : Biru
Badminton (lelaki) double : Johan : Biru
Naib Johan : Hijau
Ketiga : Kuning
Bola Jaring : Johan : Hijau
Naib Johan : Kuning
Ketiga : Merah
Catur (perempuan) : Johan : Hijau
Naib Johan : Merah
SEMALAM bermula kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Maahad Ahmadi kali pertama. Ia diadakan di Ismah Beach Resort, Melaka. Program akan dijalankan selama 3 hari bermula semalam hingga Ahad.
Slot pertama yang dijalankan adalah berkenaan dengan Undang-undang dan Guru yang dibentangkan oleh Timbalan Pendakwaraya Tampin, Ahmad Zahid Ahmad.
Sila klik : http://www.scribd.com/doc/25128652/Maahad-Ahmadi-Gemencheh-Taqwim
Mesyuarat berjalan begitu tegang dan serius sebab keputussan yang diambil akan menentukan maju atau mundur sekolah berkenaan.
Selepas dua jam bermesyuarat Cikgu Kadas sesekali menguap dan mengantuk, selang beberapa minit, tiba-tiba kedengaran tit tit tit, semua tercari-cari suara HP siapa pula yang berbunyi dalam bilik mesyuarat ini, pada hal sebelum ini peraturan mesyuarat semua HP wajib dimatikan, rupanya suara SMS itu muncul dari HP Cikgu Kadas, dengan pantas dan bersembunyi Cikgu Kadas membuka SMS yang diterima dan langsung membalasnya.
Pergerakan sulit Cikgu Kadas dicium oleh Pengetua. Apa lagi, Tuan Pengetua pun terus memukul meja dan terus menghujani kata cemuhan ke arah Cikgu Kadas " Cikgu tak tahukah Cikgu, ini adalah mesyuarat penting, Cikgu kelihatan dari tadi seakan-akan tak mengambil berat langsung perjalanan mesyuarat penting ni, sudahla datang lewat, kejap menguap, kejap SMS dan ...." hampir lima minit Pengetua berleter dan memalukan Cikgu Kadas.
Dalam keadaan keringat dingin yang bercucuran, Cikgu Kadas terus membisu beribu bahasa dan menerima apa adanya leteran Pengetua.
Setelah Pengetua kehabisan air liur dan idea, barulah dia diam sejenak. Cikgu Kadaspun mengambil kesempatan itu untuk menerangkan hal sebenar.
"Tuan Pengetua yang dihormati", Cikgu Kadas memulakan bicara dengan agak lemah dan sedikit gementar, "Malam tadi saya tak sempat tidur, sebab menjaga anak saya di ruang ICU di hospital kerana diserang demam panas Tuan, pagi ini pula isteri saya mengirim SMS mengatakan bahawa anak saya sudah kembali ke rahmatullah Tuan, dia meminta saya agar segera ke hospital untuk mengurus jenazah anak saya, namun saya balas SMS itu supaya isteri saya menunggu sebentar kerana mesyuarat kali ini sangat penting, dan.... " cukup Cikgu, cukup Cikgu, saya minta maaf kerana agak emosi.
Inna lillah wa inna ilaihi raji'un.
Semua terkedu dan bersimpati mendengar berita yang sungguh menusuk kalbu itu.
Apa kesimpulan yang dapat kita ambil dari kisah Cikgu Kadas barusan tadi dan siapa yang silap sebenarnya ??
Untuk makluman, surau yg telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.
Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri yang mempunyai pengajian ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan STAM. Mudah-mudahan maahad ini mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan ilmu Islam dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.
Maahad Ahmadi atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Atas Dan Senawi (SAMAS) adalah satu–satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini terletak di kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin dan 1 km dari pekan Gemencheh. Maahad Ahmadi yang mempunyai keluasan kira– kira 20 ekar ini ditubuhkan pada tahun 1975 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa orang tokoh.
1. Memenuhi tuntutan fardu kifayah, ke arah melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pengajian agama, bahasa arab dan akedamik.
2. Menyerlah identiti tersendiri dengan menekankan pengajian dan pengkajian agama dan bahasa arab.
3. Melahirkan bakal pemimpin dan ulamak yang berwibawa sejajar dengan wawasan pendidikan negara dan tuntutan Islam.
4. Menampung kekurangan para ulamak dan ahli cendikawan agama di Malaysia amnya dan di Negeri Sembilan khasnya.
Maahad Ahmadi ini ditubuhkan dengan bermatlamat pencapaian cemerlang seratus peratus pelajarnya dalam pembelajaran di bidang Agama dan Bahasa Arab. Selain itu, mereka turut dibekalkan dengan pelajaran dan pengetahuan akedamik sebagai tambahan melengkapkan diri sebagai pelajar yang sempurna dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.
Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419
Selepas berakhir program suaikenal, pelajar akan didedahkan dengan program Kem Bahasa Arab dan Kem Bahasa Inggeris yang akan dijalankan selama tiga bulan. Pendaftaran pelajar tingkatan satu turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Yang Dipertua PIBG.