Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Kursus Profesionalisme Guru Maahad Kali ke 3

CATEGORY: | 28.10.10
0

23 Oktober, Pusat Sumber : MAAHAD sekali lagi menganjurkan Kursus profesionalisme Guru Kali yang ke tiga. Jika sebelum ini, diadakan di luar Maahad Ahmadi, kali ini kursus sehari diadakan di dalam Maahad sendiri.

Sebagai memenuhi objektif menjadikan Maahad yang terbaik, maka pihak penganjur telah memanggil Puan Hajah Khuzaimah, bekas Pengetua Cemerlang JUSA 'C' serta bekas senior konsultan Institut Aminudin Baki, untuk menyampaikan segala ilmu yang dimiliki kepada guru-guru Maahad Ahmadi.

Program dimulakan dengan tajuk "Imperatif Moral Menjadi Guru di Sekolah". Ia berkaitan dengan prinsip setiap guru dalam mendidik anak bangsa supaya berjaya di dunia dan akhirat. Kemudian disambung dengan tajuk "Ekspektasi Terhadap Keberkesanan Peribadi Seorang Guru". Tajuk ini berkaitan ciri-ciri keberkesanan peribadi guru meliputi suri tauladan, ketrampilan diri, pengurusan masa, integriti, komunikasi yang baik, kemahiran interpersonal, pengurusan diri, kesedaran kendiri, disiplin diri dan kemahiran sosial.

Dalam slot kedua, guru-guru Maahad Ahmadi dikehendaki membuat kajian kes terhadap buku yang ditulis oleh Puan Hajah Khuzaimah iaitu "Jejak Pengetua Super:Dari Guru DG41 ke JUSA C".

Slot yang terakhir, dibentangkan tajuk "Guru Pemimpin 360". Puan Hajah menerangkan bagaiman seorang guru memenangi hati orang di atas (pemimpin), rakan sebaya dan orang yang dipimpin. Kursus berakhir jam 4.50 petang.

Penilaian Menengah Rendah 2010

CATEGORY: | 7.10.10
0
PELAJAR Maahad Ahmadi seramai 130 pelajar mula menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang bermula Selasa lalu. Mereka akan menduduki peperiksaan selama dua minggu dan berakhir pada Selasa depan, 12 Oktober.

Didoakan agar mereka dapat menjawab dengan tenang, sentiasa bersedia, menjaga kesihatan dan tidak lupa munajat kepada Ilahi, Tuhan Sekelian Alam.

Selamat menjawab dan Selamat Berjaya!!