Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Ping Pong MSSNS : Berpasukan Tampin Ke-3

CATEGORY: | 21.2.11
0

18 Feb: SMK Bukit Mewah; PEMAIN Maahad Ahmadi berjaya membantu Pasukan Daerah Tampin merangkul tempat ketiga, Kejohanan Ping Pong MSSNS Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di SMK Bukit Mewah, Rahang, Seremban.


Mohd Izzul Naqiyuddin dan Mohd Muaz Abd Rahman merupakan pemain Maahad Ahmadi yang membantu Tampin menempatkan diri di separuh akhir setelah menduduki tempat kedua dalam peringkat kumpulan dibelakang Port Dickson yang berjaya menjadi johan kejohanan. Mereka berjaya menewaskan pasukan Jempol dan Kuala Pilah. Manakala peringkat individu, beregu Maahad Ahmadi hanya berjaya hingga ke peringkat suku akhir.

Tahniah diucapkan kepada pemain Maahad Ahmadi yang mendapat gangsa dalam Kejohanan Ping Pong MSSNS Peringkat Negeri Sembilan.

Senarai Kumpulan Pertama Kaherah-Jeddah

CATEGORY: | 4.2.11
0
DISINI disertakan senarai nama kumpulan pelajar Malaysia di Mesir yang dibawa oleh pesawat MAS dan Air Asia dari Kaherah ke Jeddah.

Sila klik :

http://www.pmram.org/

Penuntut Negeri Sembilan seramai 70 orang termasuk bekas pelajar Maahad Ahmadi