KEPADA;
Ibu
bapa / Penjaga,
Maahad Ahmadi
Tuan/Puan,
NOTIS MAKLUMAN DAN JEMPUTAN KE MAJLIS PERJUMPAAN 3
PENJURU, ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10, MAAHAD
AHMADI GEMENCHEH.
Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan merujuk
kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan
bahawa PIBG Maahad Ahmadi dan pihak Sekolah akan mengadakan majlis tersebut
pada ketetapan berikut :
Tarikh :
6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi (Perjumpaan 3 Penjuru bermula)
10.00 pagi (Majlis Anugerah Kecemerlangan)
1.30 ptg (Mesyuarat Agung PIBG)
3. Kami amat berbesar hati menjemput
tuan dan puan hadir bagi membincangkan perkara – perkara yang dapat
membantu kecemerlangan pendidikan khususnya dari aspek sahsiah dan akademik
anak – anak serta sekolah amnya.
4. Bersama – sama ini
dilampirkan jawapan kehadiran serta borang usul sekiranya ibu bapa /penjaga
ingin mencadangkan sebarang usul untuk kecemerlangan Maahad Ahmadi dalam
pelbagai aspek, sila berbuat demikian dan hendaklah dikembalikan kepada pihak
sekolah (u/p setiausaha PIBG) selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 Julai 2013 (Isnin).
Sekian, terima kasih .
Saya yang menurut
perintah,
................................... ........................
(MOHAMMAD HILMY BIN MAHMAD)
Setiausaha,
PIBG Maahad Ahmadi,
Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus.
JAWAPAN KEHADIRAN
Tuan,
Saya ………………………………………………… ibu / bapa /
penjaga kepada pelajar yang bernama ……………………………………dari Tingkatan ………… akan * HADIR / TIDAK HADIR ke Majlis
Mesyuarat Agung PIBG Maahad Ahmadi kali ke-10 pada tarikh dan tempat yang
dinyatakan.
Terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………….................
( )
*Potong salah
satu yang tidak berkenaan.
* Borang jawapan kehadiran dan borang usul ini hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah
(u/p setiausaha PIBG) selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 Julai
2013.
BORANG USUL
Nama ibu bapa /penjaga : ……………………………………………………………….
Nama anak / anak jagaan : ………………………………………………………………
Tingkatan : …………………………………
Alamat surat menyurat : ……………………………………………………………….
……………………………………………………………….
No. telefon : …………………………………….
Usul –usul :
……………………………………………………………………………….......................................................
………………………………………………………………………………………….............................................
………………………………………………………………………………………….............................................
…………………………………………………………………………………………............................................