Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Kursus Profesionalisme Guru Maahad Kali ke 3

CATEGORY: | 28.10.10
0

23 Oktober, Pusat Sumber : MAAHAD sekali lagi menganjurkan Kursus profesionalisme Guru Kali yang ke tiga. Jika sebelum ini, diadakan di luar Maahad Ahmadi, kali ini kursus sehari diadakan di dalam Maahad sendiri.

Sebagai memenuhi objektif menjadikan Maahad yang terbaik, maka pihak penganjur telah memanggil Puan Hajah Khuzaimah, bekas Pengetua Cemerlang JUSA 'C' serta bekas senior konsultan Institut Aminudin Baki, untuk menyampaikan segala ilmu yang dimiliki kepada guru-guru Maahad Ahmadi.

Program dimulakan dengan tajuk "Imperatif Moral Menjadi Guru di Sekolah". Ia berkaitan dengan prinsip setiap guru dalam mendidik anak bangsa supaya berjaya di dunia dan akhirat. Kemudian disambung dengan tajuk "Ekspektasi Terhadap Keberkesanan Peribadi Seorang Guru". Tajuk ini berkaitan ciri-ciri keberkesanan peribadi guru meliputi suri tauladan, ketrampilan diri, pengurusan masa, integriti, komunikasi yang baik, kemahiran interpersonal, pengurusan diri, kesedaran kendiri, disiplin diri dan kemahiran sosial.

Dalam slot kedua, guru-guru Maahad Ahmadi dikehendaki membuat kajian kes terhadap buku yang ditulis oleh Puan Hajah Khuzaimah iaitu "Jejak Pengetua Super:Dari Guru DG41 ke JUSA C".

Slot yang terakhir, dibentangkan tajuk "Guru Pemimpin 360". Puan Hajah menerangkan bagaiman seorang guru memenangi hati orang di atas (pemimpin), rakan sebaya dan orang yang dipimpin. Kursus berakhir jam 4.50 petang.

Penilaian Menengah Rendah 2010

CATEGORY: | 7.10.10
0
PELAJAR Maahad Ahmadi seramai 130 pelajar mula menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang bermula Selasa lalu. Mereka akan menduduki peperiksaan selama dua minggu dan berakhir pada Selasa depan, 12 Oktober.

Didoakan agar mereka dapat menjawab dengan tenang, sentiasa bersedia, menjaga kesihatan dan tidak lupa munajat kepada Ilahi, Tuhan Sekelian Alam.

Selamat menjawab dan Selamat Berjaya!!

Salam Ramadhan

CATEGORY: | 11.8.10
0

Kursus Perlaksanaan Haji 2010

CATEGORY: | 29.7.10
0



24 Julai : BIDANG Kemanusiaan Maahad Ahmadi telah berjaya menganjurkan kursus perlaksanaan ibadat haji 2010 bagi pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang perlaksanaan haji sama ada secara teori mahupun praktikal.

Kursus ini juga diadakan bertujuan melengkapkan pengajaran subjek Pendidikan Syariah Islamiah. Taklimat perlaksanaan haji telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Nasir Othman, Imam Masjid Bahau yang merupakan salah seorang tenaga pengajar kursus haji Tabung Haji. Beliau diberi dua sesi dimana sesi pertama menerangkan tentang sejarah haji dan sesi kedua merupakan cara melaksanakan haji yang meliputi rukun, syarat dan lain-lain.

Selepas solat zohor, diadakan praktikal haji yang dimulakan dihadapan surau yang dijadikan 'Arafah'. Sesi ini dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Taufik Alias, bekas jemaah haji 2003. Kemudian diteruskan dengan mengutip batu di "muzdalifah', 'bermalam di Mina', melontar batu di 'jamrah' dan akhirnya bertawaf di 'Masjidil Haram' dan tamatnya praktikal dengan setiap pelajar 'bersaie'.

Kursus Profesionalisme Guru

CATEGORY: | 13.7.10
0

JANDA BAIK, 2-4 Julai : Guru-guru Maahad Ahmadi telah bermukim selama 3 hari di As Sakinah Eco Resort, Janda Baik untuk bersama-sama bermuhasabah dalam menggerakkan perkembangan dan prestasi Maahad Ahmadi selama tujuh bulan dalam tahun 2010.

Selama tiga hari, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mencapai objektif mencemerlangkan dan memterbilangkan Maahad Ahmadi pada masa hadapan.

Diharap program ini akan diteruskan dan dapat mempereratkan ikatan antara guru-guru Maahad Ahmadi.