SEMUA ibu bapa, penjaga dan pelajar tingkatan satu, dua dan empat Maahad Ahmadi boleh melihat keputusan peperiksaan akhir 2010 pada weblog Maahad Ahmadi. Klik di bahagian 'Result Exam' yang terletak sebaris dengan pengenalan, pautan dan muat turun kemudian pilih tingkatan yang dikehendaki. Terima Kasih.
-
Bumi MANS
Tarbiyah, Hadharah, Falah
-
Lestarikan Ikatan
Memapan semangat ukhuwah...
-
Kerjasama Dan Toleransi
Saling menjinjing demi kebersamaan...
-
Rayuan Derma Surau
Sama-sama kita membantu membina surau kita...
-
Kenangan Lama
Sejarah adalah gambaran masa depan...
-
Guru-guru Maahad
Pendidik yang dedikasi...
-
Kemudahan Sukan
Minda Cerdas, Badan Cergas...
-
Dibawah Satu Bumbung
Menikmati Hidangan Dibawah Payung Mahabbah...
-
Skuad Bolasepak Guru Maahad
Memasyarakatkan Guru Maahad...
-
Majlis Berbuka Puasa 2010
Persediaan Majlis Berbuka Puasa 2010...
-
Peluang Iklaneka
Iklankan aktiviti/produk anda di sini...
Perkembangan Semasa

15 November, Johol : BAHAGIAN Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Seminar Prfesionalisme Guru dan Adat Perpatih bertempat di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ia melibatkan guru-guru Maahad Ahmadi, ITQAN, SMASKP serta seluruh guru KAFA Negeri Sembilan.
Seminar yang bermula dengan pembentangan berkenaan Amal Guru oleh Yang Berbahagia Dr Hasnan bin Kasan, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian diikuti oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dato Paduk Rosli, Ketua Jabatan Sastera, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dr Rosli menyentuh berkenaan Adat Perpatih.
Kemudian majlis penutup disempurnakan oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad b Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Berucap pada majlis penutup, beliau mengucapkan tahniah kepada kira-kira 1400 warga pendidik SMAN, SAR dan KAFA diatas tanggungjawab dan budi yang ditabur dalam mendidik anak bangsa khususnya dalam bidang keagamaan.
Beliau menyeru kepada seluruh warga pendidik agar bersama Kerajaan Negeri untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan terbilang.

23 Oktober, Pusat Sumber : MAAHAD sekali lagi menganjurkan Kursus profesionalisme Guru Kali yang ke tiga. Jika sebelum ini, diadakan di luar Maahad Ahmadi, kali ini kursus sehari diadakan di dalam Maahad sendiri.
Sebagai memenuhi objektif menjadikan Maahad yang terbaik, maka pihak penganjur telah memanggil Puan Hajah Khuzaimah, bekas Pengetua Cemerlang JUSA 'C' serta bekas senior konsultan Institut Aminudin Baki, untuk menyampaikan segala ilmu yang dimiliki kepada guru-guru Maahad Ahmadi.
Program dimulakan dengan tajuk "Imperatif Moral Menjadi Guru di Sekolah". Ia berkaitan dengan prinsip setiap guru dalam mendidik anak bangsa supaya berjaya di dunia dan akhirat. Kemudian disambung dengan tajuk "Ekspektasi Terhadap Keberkesanan Peribadi Seorang Guru". Tajuk ini berkaitan ciri-ciri keberkesanan peribadi guru meliputi suri tauladan, ketrampilan diri, pengurusan masa, integriti, komunikasi yang baik, kemahiran interpersonal, pengurusan diri, kesedaran kendiri, disiplin diri dan kemahiran sosial.
Dalam slot kedua, guru-guru Maahad Ahmadi dikehendaki membuat kajian kes terhadap buku yang ditulis oleh Puan Hajah Khuzaimah iaitu "Jejak Pengetua Super:Dari Guru DG41 ke JUSA C".
Slot yang terakhir, dibentangkan tajuk "Guru Pemimpin 360". Puan Hajah menerangkan bagaiman seorang guru memenangi hati orang di atas (pemimpin), rakan sebaya dan orang yang dipimpin. Kursus berakhir jam 4.50 petang.
PELAJAR Maahad Ahmadi seramai 130 pelajar mula menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang bermula Selasa lalu. Mereka akan menduduki peperiksaan selama dua minggu dan berakhir pada Selasa depan, 12 Oktober.
Didoakan agar mereka dapat menjawab dengan tenang, sentiasa bersedia, menjaga kesihatan dan tidak lupa munajat kepada Ilahi, Tuhan Sekelian Alam.
Selamat menjawab dan Selamat Berjaya!!
Didoakan agar mereka dapat menjawab dengan tenang, sentiasa bersedia, menjaga kesihatan dan tidak lupa munajat kepada Ilahi, Tuhan Sekelian Alam.
Selamat menjawab dan Selamat Berjaya!!
