Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Ping Pong MSSNS : Berpasukan Tampin Ke-3

CATEGORY: | 21.2.11
0

18 Feb: SMK Bukit Mewah; PEMAIN Maahad Ahmadi berjaya membantu Pasukan Daerah Tampin merangkul tempat ketiga, Kejohanan Ping Pong MSSNS Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di SMK Bukit Mewah, Rahang, Seremban.


Mohd Izzul Naqiyuddin dan Mohd Muaz Abd Rahman merupakan pemain Maahad Ahmadi yang membantu Tampin menempatkan diri di separuh akhir setelah menduduki tempat kedua dalam peringkat kumpulan dibelakang Port Dickson yang berjaya menjadi johan kejohanan. Mereka berjaya menewaskan pasukan Jempol dan Kuala Pilah. Manakala peringkat individu, beregu Maahad Ahmadi hanya berjaya hingga ke peringkat suku akhir.

Tahniah diucapkan kepada pemain Maahad Ahmadi yang mendapat gangsa dalam Kejohanan Ping Pong MSSNS Peringkat Negeri Sembilan.

Senarai Kumpulan Pertama Kaherah-Jeddah

CATEGORY: | 4.2.11
0
DISINI disertakan senarai nama kumpulan pelajar Malaysia di Mesir yang dibawa oleh pesawat MAS dan Air Asia dari Kaherah ke Jeddah.

Sila klik :

http://www.pmram.org/

Penuntut Negeri Sembilan seramai 70 orang termasuk bekas pelajar Maahad Ahmadi

Ping Pong MSSNS : Wakil Maahad ke Peringkat Negeri Sembilan

CATEGORY: | 28.1.11
0
27 Jan : PEMAIN Ping Pong lelaki bawah 18 tahun Maahad Ahmadi berjaya menempatkan mewakili daerah Tampin dalam acara perseorangan dan beregu apabila menjadi Naib Juara dalam pertandingan Ping Pong Peringkat Daerah Tampin yang diadakan di SMK Felda Jelai Gemas semalam.

Izzul Naqiyudin, berusia 16 tahun mengetuai cabaran Maahad Ahmadi apabila menjadi Naib Juara dalam acara perseorangan Ping Pong Bawah 18 tahun. Beliau tewas di tangan pemain SMK Tunku Besar Tampin.

Pertandingan peringkat Negeri Sembilan akan diadakan di SMK Bukit Mewah, Rasah, Seremban pada 16 dan 17 Februari 2011. Majulah Sukan Untuk Maahad!!

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Tuanku

CATEGORY: | 13.1.11
0

Bayaran Yuran Persekolahan, Yuran Makan dan Jadual Pulang Kampung 2011

CATEGORY: | 6.1.11
0
PERHATIAN kepada semua ibu bapa dan penjaga Maahad Ahmadi yang ingin mengetahui yuran sekolah, yuran makan dan jadual pulang ke kampung 2011 boleh memuat turun dalam ruangan 'Muat Turun' dibahagian atas. Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.