Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Hari Sukan Sekolah 2012

CATEGORY: | 1.3.12
0
29 FEB: HARI Sukan sekolah telah diadakan dengan jayanya dan penuh meriah berbanding tahun-tahun lepas. Setiap peserta menunjukkan semangat yang tinggi untuk mencapai kejayaan bagi menaikkan nama rumah masing-masing.

Acara bermula oleh peserta perempuan dan diikuti oleh peserta lelaki. Hari sukan berakhir jam 1 tengah hari selepas majlis penyampaian hadiah dimana johan keseluruhan diraih oleh pasukan rumah Merah. Tahniah diucapkan.

Majlis Perpisahan Guru Guru Maahad Ahmadi

CATEGORY: |
0
28 Feb : BERTEMPAT di Dewan Istana, A Famosa Resort, telah diadakan Majlis Hi Tea Perpisahan Pengetua dan guru-guru Maahad Ahmadi. Majlis yang bermula jam 3 petang bermula dengan santapan ringan diikuti dengan ucapan oleh Pengetua Maahad, Ustaz Abdul Rahim Maamor. Kemudian diadakan acara penyampaian cenderahati bagi guru yang akan berpindah antaranya Ustaz Rahim, Ustaz Roikhan, Cikgu Mohamad, Cikgu Wan Diana, Ustaz Hafiz dan Ustazah Khairun Nisa'.

Semoga bertambah semangat di tempat baru dan tidak putus saudara.