Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?
Posted by maahad_ahmadi on 21.1.10 in
DIMAKLUMKAN bahawa pihak Maahad Ahmadi dalam usaha untuk membina surau baru bagi menggantikan surau lama yang uzur dan tidak mampu menampung jumlah jamaah yang semakin ramai.



Untuk makluman, surau yg telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri yang mempunyai pengajian ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan STAM. Mudah-mudahan maahad ini mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan ilmu Islam dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.

Maahad Ahmadi atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Atas Dan Senawi (SAMAS) adalah satu–satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini terletak di kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin dan 1 km dari pekan Gemencheh. Maahad Ahmadi yang mempunyai keluasan kira– kira 20 ekar ini ditubuhkan pada tahun 1975 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa orang tokoh.

1. Memenuhi tuntutan fardu kifayah, ke arah melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pengajian agama, bahasa arab dan akedamik.

2. Menyerlah identiti tersendiri dengan menekankan pengajian dan pengkajian agama dan bahasa arab.

3. Melahirkan bakal pemimpin dan ulamak yang berwibawa sejajar dengan wawasan pendidikan negara dan tuntutan Islam.

4. Menampung kekurangan para ulamak dan ahli cendikawan agama di Malaysia amnya dan di Negeri Sembilan khasnya.

Maahad Ahmadi ini ditubuhkan dengan bermatlamat pencapaian cemerlang seratus peratus pelajarnya dalam pembelajaran di bidang Agama dan Bahasa Arab. Selain itu, mereka turut dibekalkan dengan pelajaran dan pengetahuan akedamik sebagai tambahan melengkapkan diri sebagai pelajar yang sempurna dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419


0 Responses to “Rayuan Derma Surau Maahad Ahmadi”:

Catat Ulasan