Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?
Posted by maahad_ahmadi on 29.7.10 in



24 Julai : BIDANG Kemanusiaan Maahad Ahmadi telah berjaya menganjurkan kursus perlaksanaan ibadat haji 2010 bagi pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang perlaksanaan haji sama ada secara teori mahupun praktikal.

Kursus ini juga diadakan bertujuan melengkapkan pengajaran subjek Pendidikan Syariah Islamiah. Taklimat perlaksanaan haji telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Nasir Othman, Imam Masjid Bahau yang merupakan salah seorang tenaga pengajar kursus haji Tabung Haji. Beliau diberi dua sesi dimana sesi pertama menerangkan tentang sejarah haji dan sesi kedua merupakan cara melaksanakan haji yang meliputi rukun, syarat dan lain-lain.

Selepas solat zohor, diadakan praktikal haji yang dimulakan dihadapan surau yang dijadikan 'Arafah'. Sesi ini dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Taufik Alias, bekas jemaah haji 2003. Kemudian diteruskan dengan mengutip batu di "muzdalifah', 'bermalam di Mina', melontar batu di 'jamrah' dan akhirnya bertawaf di 'Masjidil Haram' dan tamatnya praktikal dengan setiap pelajar 'bersaie'.
0 Responses to “Kursus Perlaksanaan Haji 2010”:

Catat Ulasan