12 Ogos; MAAHAD Ahmadi telah mengadakan bacaan Yaasin, solat dhuha dan solat hajat bagi memohon perlindungan kepada Allah. Ini berikutan penularan penyakit H1N1 yang menyebabkan lebih kurang 100 pelajar mendapatkan rawatan akibat demam, selsema dan batuk.
Pada sebelah petang, diadakan taklimat kesihatan yang disampaikan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Gemencheh, Dr Norzaliza Razali.Diharap dengan usaha, doa dan tawakal, penyakit ini dapat dihindarkan dari bumi Maahad Ahmadi.
Catat Ulasan