Sejarah Kelas Tahfiz
Penubuhan Kelas Tahfiz mula disuarakan pada pertengahan tahun 1980-an. Mula dibuka pada sesi 1990/1991 dengan pengambilan pelajarnya seramai 17 orang. Sehingga sesi 1994/1995, bilangan pelajarnya seramai 62 orang.
Di antara objektif penubuhan Kelas Tahfiz di institusi ini ialah:
- Memenuhi fadhu kifayah.
- Melahirkan seberapa banyak Al-Hafiz yang berkemahiran.
- Menyediakan Al-Hafiz yang bukan sahaja mampu menghafaz 30 juzuk tetapi juga ilmu-ilmu agama dan profesional lain sesuai dengan tuntutan semasa.
- Menampung kekurangan para Hafiz bagi mewakili negeri/negara ke Musabaqah Hafaz peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Menyahut gagasan ke arah membentuk generasi Al-Quran.
Peluang Melanjutkan Pengajian
Bagi penuntut aliran tahfiz, mereka akan memperoleh Sijil Tahfiz (Shahadah Tahfiz). Dengan sijil ini, penuntut tersebut berpeluang untuk melanjutkan pengajiannya di dalam atau luar negara seperti:
- Maahad Al-Qiraat, Shoubra, Mesir.
- Arab Saudi.
- Darul Quran (JAKIM), Malaysia.
- Dan lain-lain.
Kemudahan Yang Disediakan
- Semua penuntut tahfiz Al-Quran ditempatkan di asrama (asrama penuh).
- Tempat tinggal dan perbelanjaan makan minum di asrama adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sembilan.
- Biasiswa diberikan kepada penuntut secara bulanan.
Pemindahan Lokasi
Berbekalkan peruntukan khas dari MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan), sebuah kompleks telah dibina bagi menempatkan penuntut-penuntut kelas tahfiz bagi menjamin lebih keselesaan dan kemudahan berikutan bilangan penuntut-penuntutnya yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Lokasinya yang baharu masih lagi terletak di Gemencheh, tidak jauh dari Maahad Ahmadi (lebih kurang 1 kilometer). Kompleks ini kemudiannya diberi nama Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN).
Berikutan daripada permintaan dan harapan ibubapa, maka pihak pentadbiran telah menubuhkan semula Kelas Tahfiz di Maahad Ahmadi. Kelas ini adalah terbuka kepada mana-mana penuntut yang berhasrat untuk menghafal Al-Quran secara tersusun di samping mempelajari ilmu-ilmu agama dan profesional.
Sebuah bilik khas telah dibina demi mencapai matlamat tersebut. Para penuntut tahfiz juga dipantau oleh Guru Tasmik yang telah dilantik khas oleh pihak pentadbiran. Pelaksanaan sebegini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi para penuntut dalam mempelajari ilmu agama dan profesional di samping menguasai juzuk-juzuk Al-Quran secara keseluruhannya, insya-Allah.
adilah | On: 30 September 2011 pada 2:17 PTG
alamat???
Inimitable Me =) | On: 26 November 2012 pada 10:20 PTG
ish kalaulah dapat belajar dkt sekolah macam inikan bagus.. saya sokong sekolah macam ini diwujudkan di semua tempat..
Unknown | On: 15 November 2013 pada 10:18 PTG
kalau tak ambil aliran tahfiz tak apa ke ?
KERETA SEWA ZAILIN MELAKA/NS | On: 20 Disember 2014 pada 9:00 PG
Adakah pelajar baru tahfiz 2015 akan mendpt keistimewaan sama spt berikut?
1.Semua penuntut tahfiz Al-Quran ditempatkan di asrama (asrama penuh).
2.Tempat tinggal dan perbelanjaan makan minum di asrama adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sembilan.
3.Biasiswa diberikan kepada penuntut secara bulanan
Berapa RM biasiswa bulanan tersebut?
Harap dpt jawapan admin sbb byk pertanyaan dlm ni tak dijawab..
Unknown | On: 6 Mei 2017 pada 10:43 PG
saya ingin tahu tentang kronologi perasmian ITQAN
Unknown | On: 6 Mei 2017 pada 10:44 PG
SAYA INGIN JAWAPAN SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN SAYA